Pencegahan Jangkitan Covid-19 di Institut Penjagaan Warma Emas
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Mengikut laporan KKM, 32.2% atau 32 kes daripada 99 kematian berkaitan COVID-19 membabitkan kumpulan umur antara 61 hingga 70 tahun, tertinggi berbanding kumpulan usia lain.
Warga emas adalah kumpulan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi dan kematian akibat jangkitan COVID-19 kerana faktor umur dan juga penyakit kronik.
"Ini satu isu global yang dihadapi oleh negara-negara yang terjejas dengan wabak ini. Walaupun kita belum memahami sepenuhnya jangkitan COVID-19, apa yang jelas ialah risiko jangkitan meningkat mengikut usia, dan individu yang mempunyai penyakit kronik atau penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung, penyakit buah pinggang dan barah" - KPK Noor Hisham Abdullah
Kepada pemilik atau pengurus rumah atau pusat jagaan warga emas, pastikan anda mengambil perhatian dan tindakan sepatutnya.
#SelangorGempurCovid19