Pencapaian Kempen E-Bazar Kerajaan Selangor
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pembelian dalam talian menjadi lebih penting lebih lagi sewaktu PKP dikuatkuasakan untuk mencegah penyebaran wabak COVID-19 yang sedang melanda sekarang. Kerajaan Negeri Selangor mengambil langkah dalam meneroka ruang pembudayaan e-dagang oleh kerana penularan wabak ini yang membatasi penjanaan pendapatan buat masyarakat di pelbagai lapisan.
Ketika kempen E-Bazar Raya bersama Shopee, sejumlah RM 101.1 juta jualan terhasil dalam 2 minggu melibatkan 3,542 peniaga mikro dan pengusaha PKS yang berniaga dalam talian. Usahasama pintar Kerajaan Negeri Selangor bersama Shopee, Hijrah Selangor, PKNS Real Estate, SITEC dan AGRO Selangor sangat memberangsangkan dengan peningkatan jualan yang dicatatkan meningkat melebihi 1,250%.
Syabas buat mereka yang memanfaatkan platform ini e-dagang bagi menjana semula pergerakan ekonomi Selangor dan Malaysia.
#SelangorMajuBersama