Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Akibat Penularan Covid-19
Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Saya selaku Menteri Besar Selangor ingin menyampaikan berita dari pihak Perbadanan Tabung Pinjaman Pendidikan Tinggi atau PTPTN mengenai
Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Akibat Penularan Covid-19 19 Mac 2020.
Dipetik dari sumber PTPTPN:
Sehubungan itu, dengan penuh rasa prihatin kerajaan bersetuju memberi penangguhan bayaran balik pinjaman kepada semua peminjam PTPTN berkuat kuasa serta-merta selama tiga (3) bulan sehingga 30 Jun 2020.
Penangguhan yang diberikan ini dijangka akan memberi manfaat dan membantu seramai hampir 1.5 juta peminjam PTPTN yang sepatutnya membuat bayaran balik pinjaman mereka, melibatkan jumlah kutipan bagi tempoh penangguhan ini sebanyak RM375 juta.
Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, peminjam boleh menghubungi PTPTN melalui talian Careline di 03 - 2193 3000 yang beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Maklumat lanjut juga boleh diperolehi melalui portal rasmi www.ptptn.gov.my.
PTPTN sentiasa prihatin dan peka serta mengambil berat terhadap kebajikan semua peminjam PTPTN.
Untuk soalan lazim, klik di sini