Inisiatif

Terkini
21/6/23

Pembangunan Kawasan Sabak Bernam (SABDA)

Pembangunan Kawasan Sabak Bernam (SABDA) dijangka melaksanakan dua projek perikanan berskala besar yang dijangka mampu menarik pelaburan sekitar RM600 juta. Sebanyak lebih 7,000 peluang pekerjaan akan tercipta dalam tempoh 10 tahun di Sabak Bernam.

SABDA terkandung dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1) meliputi pembangunan agro bernilai tinggi. Kedua-dua projek ini adalah inisiatif mencapai matlamat keterjaminan makanan jangka panjang bagi pasaran tempatan.

Bagi projek pertama, kilang pemprosesan dan pembungkusan tuna dan ikan laut dalam pertama di Malaysia akan dibina di Sungai Lang. Pelabuhan pendaratan baharu untuk kapal besar yang berlayar di Lautan Hindi serta ladang penternakan ikan dan ketam darat akan dibangunkan.

Satu lagi projek adalah pelabuhan pendaratan ikan bersepadu pertama Malaysia di Sekinchan. Pelabuhan khas pendaratan ikan ini dilengkapi sistem kebolehkesanan komprehensif yang berupaya menjejaki asal usul, pemprosesan dan pengedaran setiap produk ikan.

#KitaSelangor

#HanyaDiSelangor

May be an image of 6 people and text that says 'MBI SaBDA SESI PENYERAHAN SIJIL PENGHARGAAN PENGUSAHA SELANGOR SELA SMART AGRO PARK @ SUNGAI AIR TAWAR #KitaSelangor DUA PROJEK PERIKANAN BERSKALA BESAR SABAK BERNAM MAMPU MENARIK PELABURAN SEKITAR RM600 JUTA DAN 7,000 PELUANG PEKERJAAN Menyediakan bekalan makanan ruji yang mencukupi Dan berterusan bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan'


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.