Inisiatif

Terkini
18/1/24

PELARASAN TARIF AIR SEMENANJUNG MALAYSIA

Kenyataan Media:

PELARASAN TARIF AIR SEMENANJUNG MALAYSIA

Susulan pengumuman pelarasan tarif air di seluruh Semenanjung Malaysia serta Wilayah Persekutuan Labuan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang akan bermula pada 1 Februari 2024, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah bermesyuarat dan telah mengambil beberapa ketetapan.

Ini adalah pelarasan tarif air pertama sejak 18 tahun lalu, iaitu pada tahun 2006, Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan termasuk agensi pelaksana iaitu SPAN, namun akan mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan kesan pelarasan tarif air kepada rakyat negeri Selangor.

i) Kerajaan Negeri akan menyerap dan menanggung peningkatan kos bagi lebih 1 juta rakyat yang meliputi 285,673 akaun yang merupakan penerima air percuma melalui Skim Air Darul Ehsan (SADE).

Ini membawa maksud bahawa manfaat yang diterima bagi setiap isi rumah yang menerima SADE sebelum ini sebanyak anggaran RM11.40 sebulan meningkat kepada RM13.00 sebulan. Kos tanggungan Kerajaan Negeri akan meningkat daripada RM31.8 juta kepada anggaran RM37.3 juta setahun.

ii) Kerajaan Negeri juga akan menanggung peningkatan

bagi rumah-rumah ibadah dan rumah-rumah kebajikan di negeri Selangor dengan anggaran kos sebanyak RM2 juta.


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.