Pelancaran MRT Laluan Putrajaya
Pelancaran MRT Laluan Putrajaya oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim pagi ini. Alhamdulillah pengguna boleh menikmati perkhidmatan laluan ini secara percuma bermula hari ini sehingga 31 Mac 2023.
Keseluruhan Laluan Putrajaya akan merangkumi 57.7 km yang terdiri daripada 36 stesen bermula dari Kwasa Damansara ke Putrajaya, meliputi kawasan berkepadatan tinggi seperti Bandar Sri Damansara, Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, Persiaran KLCC, Kuchai Lama, Seri Kembangan, Cyberjaya, dan Putrajaya.
Laluan ini dijangka memberi manfaat kepada hampir 2 juta penduduk di Lembah Klang.
Turut hadir, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail , Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook , Menteri KPKT Nga Kor Ming, Menteri Pelancongan Tiong King Sing