Inisiatif

Terkini
28/11/23

Pelaburan berjumlah RM88.88

Alhamdulillah, Kerajaan Negeri telah berjaya menarik pelaburan berjumlah RM88.88 bilion pelaburan sejak 2018 sehingga Jun 2023 meliputi 1,506 projek perkilangan. Sebanyak 95,610 potensi peluang pekerjaaan juga telah diwujudkan untuk dinikmati rakyat negeri ini.

Antara industri yang menjadi tumpuan adalah sains hayat, pembuatan makanan dan minuman serta produk elektrik dan elektronik. Malah untuk menggalakkan lagi nilai pelaburan, kelengkapan serta pengangkutan seperti aeroangkasa dan dron turut memacu ekonomi negeri.

Promosi pelaburan secara fizikal atau dalam talian dengan pihak dewan perniagaan tempatan dan luar negara juga rancak. Kerajaan Negeri turut mengenal pasti sektor perkhidmatan berpotensi seperti perkhidmatan logistik, pelaburan digital seperti perniagaan perkhidmatan global, pusat data dan teknologi kreatif.

Daripada keseluruhan jumlah, RM53 bilion melibatkan pelaburan modal asing manakala baki RM35.88 bilion datang dari tempatan. Insya-Allah, kejayaan ini akan terus ditingkatkan dan dikembangkan demi kemakmuran rakyat Selangor.

#KitaSelangor

#HanyaDiSelangor

May be an image of 1 person and text that says '#KitaSelangr NILAI PELABURAN SELANGOR RM88.88 BILION >> PELABURAN MODAL ASING RM53 BILION PELABURAN MODAL TEMPATAN RM35.88 BILION »>> KELULUSAN 1,506 PROJEK PERKILANGAN *Tempoh dari 2018 sehingga Jun 2023'
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.