Pecahan Kes Jangkitan Covid-19 Mengikut Negeri dan Daerah -7 April 2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pasukan YAB Dato' Seri Amirudin Shari ingin berkongsi statistik terbaharu dari KKM mengenai tuburan kes jangkitan Covid-19 di Malaysia setakat 7 April 2020, 12 tengah hari.
Diharap anda semua kekal patuh Perintah Kawalan Pergerakan dan bersama kita kurangkan statistik di Selangor. Kita Mesti Menang!
#SelangorGempurCovid19
Dari FB KKM:
Bilangan zon merah meningkat menjadi 23 mengikut statistik terbaru sehingga 12pm, 7 April.
Dua daerah terbaru zon merah ialah Sepang dan Kota Samarahan.
Terus duduk di rumah, amalkan penjarakan sosial dan tingkatkan penjagaan kebersihan diri.

