Media

COVID-19
15/5/20
Isu
Negara

Pecahan Kes Covid-19 di Malaysia Mengikut Negeri bertarikh 14 Mei 2020

Asaalamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut saya dan pasukan YAB Dato' Seri Amirudin Shari ingin berkongsi pecahan kes Covid-19 mengikut negeri oleh KKM setakat 14 Mei 2020.

Menurut KKM, lapan daerah atau zon masih kekal kategori zon merah. Kes-kes di zon merah ini melibatkan kes kluster dan lokaliti PKPD. Contohnya Kluster Pedas di Rembau, 161 disahkan positif.


Di Kuching,kes melibatkan kluster Persidangan gereja, Petugas kesihatan dan PUI Itali masih aktif.
Zon ibu kota pula melibatkan kes di lokaliti PKPD sekitar pasar borong Kuala Lumpur.

Daerah Manjung di Perak kembali menjadi zon kuning melibatkan dua kes baharu positif #COVID19.
Terengganu menuju zon hijau dengan hanya lima kes aktif di Besut.

Ayuh Selangor kita turunkan kadar jangikitan harian dengan hanya #DudukRumah

#SelangorGempurCovid19

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.