Pecahan Kes Baharu Jangkitan Covid-19 di Malaysia - 1 Jun 2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Berikut dikongsikan pecahan kes baharu jangkitan Covid-19 di Malaysia bertarikh 1 Jun 2020 oleh KKM.
Mengikut KKM, daripada 38 kes baharu, 12 kes adalah penularan tempatan iaitu 6 adalah Bukan Warganegara Malaysia dan 6 lagi adalah Warganegara Malaysia.
Bagi 6 kes membabitkan Bukan Warganegara Malaysia, kes dikesan di Kuala Lumpur (4 kes) dan Negeri Sembilan (2).
Bagi 6 kes membabitkan Warganegara Malaysia, kes dikesan di Selangor (4 kes), Kuala Lumpur (1) dan Sabah (1).
Teruskan mematuhi PKPB dan jangan leka mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang disarankan KKM.
#SelangorGempurCovid19
