Pecahan Kes Baharu Covid-19 Mengikut Negeri - 7 Jun 2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Berikut dikongsi laporan Pecahan Kes Baharu Covid-19 Mengikut Negeri bertarikh 7 Jun 2020 oleh KKM.
Daripada 19 kes baharu positif, terdapat 13 kes melibatkan penularan tempatan iaitu 2 adalah Bukan Warganegara manakala baki 11 adalah Warganegara.
11 kes warganegara ini pula melibatkan Selangor (6), Kuala Lumpur (2), Negeri Sembilan (1) dan Sabah (2).
Pastikan yang anda mematuhi dan tidak menyalah gunakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, bertindak dengan wajar.
#SelangorGempurCovid19