Pecahan Kes Baharu COVID-19 di Malaysia bertarikh 4 Julai 2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Berikut dikongsi laporan dari KKM mengenai pecahan kes baharu COVID-19 di Malaysia.
Kesemua kes positif hari ini melibatkan 9 warganegara dan 1 bukan warganegara. 1 kes bukan warganegara ini pula hadir dalam kes tempatan.
7 kes adalah daripada kes import manakala 3 lagi adalah kes tempatan.
Warga Selangor diingatkan agar selalu mengamalkan langkah pencegahan bagi mengelak dari gelombang wabak COVID-19 melanda.
#SelangorGempurCOVID19
