Inisiatif

COVID-19
18/3/20
Isu
Negara
Selangor

PDRM lancar Op Covid-19 untuk Perintah Kawalan

Foto diambil dari laman web The Malaysia Gazette

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Selaku Menteri Besar Selangor, saya ingin menyampaikan yang Polis Selangor telah melancarkan Op Covid-19 bagi memastikan rakyat di negeri ini mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang mula berkuat kuasa hari ini hingga 31 Mac.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmad berkata ops yang bermula 8 malam ini memfokus kepada lokasi tumpuan ramai di seluruh negeri terutama bandar besar.

Pihak PDRM akan ke lokasi tumpuan ramai seperti pusat peniagaan termasuk di kawasan perumahan bagi memastikan orang ramai tidak berada di tempat yang tidak sepatutnya sepanjang tempoh perintah kawalan berkuat kuasa.

Beliau berkata ibu pejabat polis daerah di seluruh Selangor juga diarahkan membuat sekatan jalan raya di kawasan masing-masing bagi memastikan tiada orang keluar dari rumah tanpa alasan yang munasabah.

Fadzil berkata untuk peringkat awal ini, polis mengambil pendekatan menasihati orang ramai supaya mematuhi arahan yang ditetapkan dan tidak mengenakan tindakan seperti yang tertakluk di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

"Buat masa ini, kita akan memberi penerangan dan pemahaman terlebih dahulu kepada masyarakat kerana kita tahu, masih ramai yang keliru dan kurang faham mengenai perintah ini,” katanya.

Pada 16 Mac, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara yang berkuat kuasa hari ini sehingga 31 Mac dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19.

Perintah itu antara lain menetapkan larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara, termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial serta kebudayaan.

Kami semua di pejabat YAB Dato Seri Amirudin Shari berterima kasih kepada mereka yang telah mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dengan sepenuhnya.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.