Media

COVID-19
23/5/20
Isu
Perayaan
Negara

Panduan Perayaan Aidilfiri oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Di sini kami kongsikan panduan dari Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk rakyat Malaysia agar pembendungan penularan wabak Covid-19 masih dikekalkan walaupun pada musim perayaan.

Langkah-langkah yang dihuraikan dalam panduan ini AMAT MUSTAHAK diikuti memandangkan kenaikan kes Covid-19 yang mendadak dalam dua hari sebelum ini.

#SelangorGempurCovid19

Sebagai rujukan kepada kita semua;

Aktiviti yang TIDAK dibenarkan termasuklah

1) Aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah saudara mara dan sahabat handai.
2) Rumah Terbuka Perayaan
3) Bersalaman dan Bersentuhan
4) Ziarah kubur, tahlil dan kenduri Hari Raya
5) Marhaban rumah ke rumah
6) Berpesta

Ikuti dan patuhlah kepada arahan ini.

Belajar dari pengalaman kita berdepan Kluster Pengerang di mana penyebaran COVID-19 berlaku akibat aktiviti merentas negeri dan juga Sub-kluster Rembau dimana penyebaran jangkitan COVID-19 didapati turut berlaku akibat aktiviti kunjung mengunjung sanak saudara.

Contoh dan bukti kejadian sudah ada di depan mata kita. Jangan kerana mengikut keinginan dan kemahuan, kita abaikan pesanan ini.


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.