Inisiatif

COVID-19
17/7/20
Isu
Selangor

Pakej Pemulihan Ekonomi Negeri Selangor 2020 - Tonggak 2 - Kemampanan Ekonomi - Rumah SelangorKu Harapan

Dalam merancakkan industri pembinaan perumahan dan sektor hartanah dalam pada masa yang sama menyediakan saluran agar warga Selangor dapat memiliki kediaman sendiri, program Rumah Selangorku Harapan telah diimplementasikan dalam Pelan Pemulihan Ekonomi Negeri Selangor 2020 di bawah tunggak Kemampanan Ekonomi.

Insentif Galakan Pembinaan Rumah Mampu Milik (Rumah Selangorku Harapan) pasca COVID-19 bakal membangunkan 60,000 unit rumah yang dijangka mempunyai nilai ekonomi sebanyak RM7.5 bilion setelah lengkap pembinaan.

Warga Selangor berpeluang memiliki kediaman sendiri dengan keluasan minimum 1,000 kaki persegi dengan harga di bawah RM250,000. Diharap Rumah Selangorku Harapan dapat meringankan kesulitan warga Selangor dalam isu memiliki perumahan pasca COVID-19.


#SelangorMajuBersama

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.