Pakej Pemulihan Ekonomi Negeri Selangor 2020 - Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)
![](https://cdn.prod.website-files.com/5e15da6978f3a3f265178139/5f0d5637ae2e7640d2dee501_amirudinshari_com_SidangDewan_Tonggak1(Poster_Info)-02.jpg)
Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) akan menjadi tunjang penggerak bagi inisiatif jaminan bekalan makanan Selangor melalui projek-projek pertanian makanan dan penternakan yang akan mengoptimumkan penggunaan tanah seluas 300 ekar di Selangor dan akan meningkatkan aktiviti pengeluaran di Kawasan Tanaman Kekal Pertanian Makanan (TKPM).
Sebanyak RM50 juta diperuntukkan bagi Program Keselamatan Bekalan Makanan sebagai usaha memastikan jaminan bekalan makanan.
PKPS juga akan diperkasakan melalui aktiviti pertanian makanan agar menjadi peneraju utama sektor pertanian makanan di Selangor dan meningkatkan insentif kepada para petani, peladang dan nelayan dalam memajukan industri agro Selangor bersama.
#SelangorMajuBersama