Inisiatif

Terkini
25/10/23

Nantikan pembentangan Belanjawan Selangor 2024

Sesi Libat Urus Belanjawan Selangor 2024 bersama MITI

Kepentingan negeri dan persekutuan berada dalam hala tuju serta landasan sama terserlah apabila Kerajaan Negeri Selangor dan Ministry of Investment, Trade and Industry, Malaysia Kementerian Pelaburan, Perdagangan & Industri menjayakan sesi libat urus bagi dua perkara. Pertama, sebagai persiapan merangka Belanjawan Selangor 2024, dan kedua, bagi membuka pintu kepada kerjasama bagi industri di negeri Selangor khususnya peluang baharu dalam Pelan Perindustrian Baharu 2030 yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada bulan lalu. Dalam sesi libat urus bersama Menteri MITI YB Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, saya memberikan komitmen bahawa Kerajaan Negeri komited dalam menjayakan ‘guiding principle’ NIMP 2030 berlandaskan konsep 'mission-based economy' yang diketengahkan oleh pakar ekonomi, Mariana Mazzucato. Apabila Malaysia mengalami deindustrialisasi pramatang bermula selepas Krisis Kewangan Asia pada akhir abad ke-20, ketiadaan pengantian bagi menawarkan peluang pekerjaan dalam bidang baharu menyebabkan kita terperangkap dalam ekonomi yang terpaksa bergantung kepada gaji rendah dan buruh asing. NIMP 2030 berhasrat membetulkan kesilapan perancangan ini dengan mewujudkan ekonomi yang mempunyai nilai tambah bagi kekuatan sedia ada negara seperti dalam bidang pembuatan, serta meneroka bidang-bidang yang belum matang sepenuhnya seperti aeroangkasa, farmaseutikal, peralatan perubatan, kimia, serta industri halal. Selangor sebagai gedung ekonomi negara yang mempunyai wawasan menjadi Gateway to ASEAN berada dalam posisi paling baik untuk memanfaatkan peluang-peluang dengan mengukuhkan sistem kerajaan yang dwi-fungsi, iaitu berteraskan rakyat serta mesra perniagaan. Ini amat penting bagi merealisasikan peluang yang dibangunkan dalam Rancangan Selangor Pertama terutamanya dalam 3 wilayah ekonomi baharu iaitu IDRISS di Selatan Selangor, SABDA di Utara Selangor, serta Selangor Maritime Gateway di sepanjang jajaran Sungai Klang. Nantikan pembentangan Belanjawan Selangor 2024 pada bulan hadapan, Insya-Allah. #KitaSelangor

Posted by Amirudin Shari on Wednesday, October 25, 2023

Kepentingan negeri dan persekutuan berada dalam hala tuju serta landasan sama terserlah apabila Kerajaan Negeri Selangor dan Ministry of Investment, Trade and Industry, Malaysia Kementerian Pelaburan, Perdagangan & Industri menjayakan sesi libat urus bagi dua perkara.

Pertama, sebagai persiapan merangka Belanjawan Selangor 2024, dan kedua, bagi membuka pintu kepada kerjasama bagi industri di negeri Selangor khususnya peluang baharu dalam Pelan Perindustrian Baharu 2030 yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada bulan lalu.

Dalam sesi libat urus bersama Menteri MITI YB Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, saya memberikan komitmen bahawa Kerajaan Negeri komited dalam menjayakan ‘guiding principle’ NIMP 2030 berlandaskan konsep 'mission-based economy' yang diketengahkan oleh pakar ekonomi, Mariana Mazzucato.

Apabila Malaysia mengalami deindustrialisasi pramatang bermula selepas Krisis Kewangan Asia pada akhir abad ke-20, ketiadaan pengantian bagi menawarkan peluang pekerjaan dalam bidang baharu menyebabkan kita terperangkap dalam ekonomi yang terpaksa bergantung kepada gaji rendah dan buruh asing.

NIMP 2030 berhasrat membetulkan kesilapan perancangan ini dengan mewujudkan ekonomi yang mempunyai nilai tambah bagi kekuatan sedia ada negara seperti dalam bidang pembuatan, serta meneroka bidang-bidang yang belum matang sepenuhnya seperti aeroangkasa, farmaseutikal, peralatan perubatan, kimia, serta industri halal.

Selangor sebagai gedung ekonomi negara yang mempunyai wawasan menjadi Gateway to ASEAN berada dalam posisi paling baik untuk memanfaatkan peluang-peluang dengan mengukuhkan sistem kerajaan yang dwi-fungsi, iaitu berteraskan rakyat serta mesra perniagaan.

Ini amat penting bagi merealisasikan peluang yang dibangunkan dalam Rancangan Selangor Pertama terutamanya dalam 3 wilayah ekonomi baharu iaitu IDRISS di Selatan Selangor, SABDA di Utara Selangor, serta Selangor Maritime Gateway di sepanjang jajaran Sungai Klang.

Nantikan pembentangan Belanjawan Selangor 2024 pada  bulan hadapan, Insya-Allah.

#KitaSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.