Inisiatif

Terkini
11/6/23

Merasmikan Sambutan Hari Belia Negara peringkat Negeri Selangor

Di depan lebih 1000 mahasiswa serta pemimpin dan aktivis belia Negeri Selangor, saya memenuhi undangan merasmikan Sambutan Hari Belia Negara peringkat Negeri Selangor yang diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.

Turut hadir sama ialah YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia & Sukan; YB Khairuddin Othman Exco Generasi Muda & Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor serta YB Dato' Mohd Imran Tamrin, Presiden Majlis Belia Negeri Selangor selain pegawai-pegawai kanan Kementerian Belia & Sukan serta Jabatan Belia & Sukan Negeri Selangor.

Program yang julung kali diadakan di Gombak ini mencatat sejarah dengan terhimpunnya pelbagai kelompok belia dari peringkat mahasiswa sehingga kepada mantan pimpinan belia.

Mesej saya ringkas tetapi jelas: belia atau generasi muda adalah ejen penggerak perpaduan. Dengan semangat Malaysia Madani serta #KitaSelangor, perpaduan hanya boleh dicapai dengan sinergi yang sistematik dan persefahaman era baharu yang tidak lagi terpasung dek faham serta budaya lama.

Cabaran masa kini pasti berbeza dengan cabaran dahulu, inilah yang perlu ditanggapi dengan cermat oleh penggerak belia supaya beradaptasi dengan perubahan masa dan dinamika zaman.

Tahniah Majlis Belia Negeri Selangor serta Jabatan Belia Negeri Selangor atas komitmen pelaksanaan yang sangat memberangsangkan melalui pelbagai pengisian aktiviti, penganugerahan Anugerah Tokoh Belia Negeri dan Pingat Bakti Belia serta pameran yang Alhamdulillah membawa manfaat kepada ribuan pengunjung yang hadir ke UIA Gombak.

Ini Masa Kita!

#HBNSelangor2023

#MalaysiaMADANI

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.