Inisiatif

Peristiwa
26/3/25
Isu
Selangor
Negara

Merasmikan Masjid Raja Bendahara Tengku Badar Shah (Masjid Denai Alam)

Menjunjung kasih DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang berkenan merasmikan Masjid Raja Bendahara Tengku Badar Shah (Masjid Denai Alam) sempena Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat serta Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1446H bagi daerah Petaling.

Mengiringi baginda, DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dan DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

DYMM Tuanku turut berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 423 asnaf di daerah Petaling. Tuanku juga berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM7.65 juta daripada 4 syarikat korporat.

Alhamdulillah, telah selesai semua program Ihya’ Ramadan bersama DYMM Sultan Selangor untuk bulan Ramadan 1446H. Semoga perpaduan dan syiar Islam di Selangor terus utuh demi ummah. Daulat Tuanku.

#KitaSelangor

#Ramadan

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.
Made in Webflow