Inisiatif

Peristiwa
13/3/25
Isu
Negara
Selangor

Menyantuni pengunjung dah peniaga di Bazar Ramadan Seksyen 2 Shah Alam

Usai mesyuarat, saya bersama-sama dengan YAB Perdana Menteri menyantuni pengunjung dah peniaga di Bazar Ramadan Seksyen 2 Shah Alam. Turut serta, EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan, YB Najwan Halimi.

YAB PMX turut meninjau sendiri inisiatif e-wallet RM20 di bawah program Retail Digitalisation Initiative (REDI) yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Saya turut tidak ketinggalan memperkenalkan kempen Platform Selangor (PLATS) Masuk Bazar kepada PMX sebagai salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Selangor dalam mengalakkan penggunaan teknologi dalam perniagaan selaras dengan agenda pendigitalan usahawan.

Alhamdulillah, meriah Bazar Ramadan Seksyen 2 hari ni dengan kehadiran PMX. Ramai betul warga Shah Alam yang teruja untuk bergambar dengan YAB PMX kita!

#KitaSelangor

#MalaysiaMADANI

#Ramadan

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.