Inisiatif

Terkini
5/2/23

Menyampaikan Biasiswa Tabung Pendidikan Anak-anak Syarikat dan Badan Berkanun Negeri Selangor

Menyampaikan Biasiswa Tabung Pendidikan Anak-anak Syarikat dan Badan Berkanun Negeri Selangor. Inisiatif ini bagi membantu anak-anak kakitangan yang bekerja di agensi dan anak syarikat Kerajaan Negeri melanjutkan pelajaran. Biasiswa dan tajaan ini melibatkan tajaan yuran, elaun buku, perkakas, sara hidup serta kos kajian.

Biasiswa ini ditawarkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian peringkat sijil hingga doktor falsafah (PhD) sepanjang 2013 hingga tahun lalu.

Secara purata setiap pelajar ditaja antara RM4,900 hingga RM13,550 satu semester. Kakitangan yang terima biasiswa ini terikat dengan Kerajaan Negeri manakala anak mereka bakal ditawarkan peluang kerja.

Saya harap para penerima akan dapat menyumbang khidmat, bakti atau kemampuan kepada Selangor. Ini adalah aspek kelestarian bekalan modal insan secara berterusan dan mengikut situasi semasa

RM12.893 juta dibelanjakan Kerajaan Negeri bagi membiayai 561 kakitangan anak syarikat dan badan berkanun bagi menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

#KitaSelangor

#HanyaDiSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.