MEMUPUK USAHAWAN WANITA SELANGOR
Salah satu usaha memperkasakan wanita Selangor terutamanya yang berkeluarga adalah tawaran pembiayaan sehingga RM5,000 untuk mereka berniaga. Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI) khas untuk wanita, seiring hasrat negeri yang sentiasa prihatin kepada wanita.
Sebanyak 1,722 permohonan telah diluluskan sepanjang tahun ini dengan jumlah pembiayaan RM8.61 juta.
Sesiapa yang berminat, boleh rujuk www.hijrahselangor.com untuk maklumat dan permohonan. Kerajaan Negeri sangat berbesar hati dapat membantu seramai mungkin wanita berdikari di atas platform perniagaan.
#KitaSelangor
#HanyaDiSelangor
__
YAB Dato' Seri Amirudin Shari
Dato' Menteri Besar Selangor