Media

COVID-19
12/4/20
Isu
Negara

Membina Norma Baru Pasca PKP - Pesanan dari Public Health Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut saya dan pasukan Dato' Menteri Besar Negeri Selangor berkongsi sedikit pesanan dari Public Health Malaysia mengenai kehidupan pasca Perintah Kawalan Pergerakan. Hal membina norma baru ini perlu direnungkan dan diamalkan dalam menjaga kesejahteraan negara dan menjauhi perebakan wabak Covid-19.

Bersama kita jayakannya.

#KitaMestiMenang

#SelangorGempurCovid19

Dipetik dari FB Public Health Malaysia:

Kehidupan pasca PKP tidak lagi sama seperti dahulu...

Walaupun suatu hari nanti, jangkitan mungkin akan dapat diperlahankan, tetapi MUSUH kita masih ada diluar sana... menunggu waktu kita leka untuk menyerang hendap dan membawa gelombang gelombang baru.

Penjarakan sosial, menjaga kebersihan diri dan persekitaran adalah antara norma wajib yang perlu dipatuhi.

Membina norma baru BUKAN satu perkara yang mudah, tetapi kita tiada pilihan selain dari terus berjuang demi kemadarian populasi manusia.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.