Melanjutkan tempoh program pemutihan Maahad Tahfiz Persendirian
Kerajaan Negeri bersetuju melanjutkan tempoh program pemutihan Maahad Tahfiz Persendirian dilanjut sehingga akhir tahun hadapan untuk memberi ruang kepada pihak pengurusan dan bagi menyelesaikan beberapa isu khususnya melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT). Ini turut memberi ruang mendapatkan pensijilan mengikut garis panduan ditetapkan.
Usaha ini juga selaras menjunjung titah DYMM Sultan Selangor agar pusat pendidikan agama selamat diduduki dan menjamin tahap keselamatan para pelajar. Malah Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Selangor (PITAS) turut menyatakan 100 maahad tahfiz kini bersijil mengikut garis panduan.
Berdasarkan perkembangan terkini, sebahagian besar Maahad Tahfiz Persendirian di Selangor telah mematuhi piawaian keselamatan dan tatacara yang ditetapkan. Alhamdulillah