Makluman Terkini dari Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, kes kematian ke-20
Assalamualaikum dan Salam sejahtera warga Selangor,
Saya dan pasukan YAB Dato' Amirudin Shari ingin berkongsi makluman dari Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah mengenai kes kematian ke-20 akibat jangkitan wabak Covid-19.
Saya berharap warga Selangor dapat bersedekah bacaan zikir dan doa kepada mereka yang telah pergi dan sama-sama kita memberi semangat kepada petugas kesihatan yang bergadai nyawa dalam merawat pesakit wabak ini.
#SelangorGempurCovid19
Kandungan berikut dipetik dari laman FB KKM:
DG of Health Newsflash
Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke CPRC Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 20 kes.
Kes kematian ke-20 ini merupakan kes ke-780, lelaki warganegara Malaysia berumur 76 tahun. Beliau telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling. Beliau telah dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, Kelantan mulai 18 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 4.35 petang, 25 Mac 2020.
KKM ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
https://www.facebook.com/578835322140360/posts/3159316090758924/?d=n