Makluman Terkini dari Kementerian Kesihatan Malaysia
Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Ingin saya kongsikan makluman terkini dari Kementerian Kesihatan Malaysia di mana pada tarikh 19 Mac 2020, 15 kes positif #COVID19 telah sembuh dan dibenarkan discaj dari wad.
Setakat hari ini, jumlah sembuh dan discaj adalah sebanyak 75 kes. Terdapat 110 kes baharu yang telah dilaporkan, menyumbang kejumlah kumulatif kes positif sebanyak 900 kes.
Syabas diucapkan kepada para petugas hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang bekerja secara berterusan dan tidak mengenal erti penat lelah dalam merawat pesakit Covid-19.
Bersama kita mainkan peranan dalam membendung wabak Covid-19 dari merebak.