Majlis Pecah Tanah Rumah IDAMAN Kwasa Damansara
Majlis Pecah Tanah Rumah IDAMAN Kwasa Damansara. InsyaAllah sebanyak 4,694 unit Rumah IDAMAN akan dibina dan dijangka siap menjelang 2026. Ia berkeluasan 1000 kaki persegi lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti 2 petak parkir, kelengkapan rumah yang selesa serta dijual dengan harga RM 250 ribu per unit sahaja.
Projek ini adalah merupakan usahasama Kerajaan Negeri Selangor melalui PNSB dan pihak KWSP. Rumah IDAMAN ini adalah merupakan salah satu produk perumahan khusus buat rakyat Selangor. Hanya di Selangor. #KitaSelangor


