Majlis Buka Puasa Bersama Pemimpin Masyarakat di Dewan Raja Muda Musa Seksyen 7, Shah Alam
Dari Bazar Ramadan semalam, saya bersama-sama dengan YAB Perdana Menteri terus ke Majlis Buka Puasa Bersama Pemimpin Masyarakat di Dewan Raja Muda Musa Seksyen 7, Shah Alam.
Seramai hampir 2,000 orang pemimpin masyarakat di pelbagai peringkat di Negeri Selangor hadir di majlis buka puasa ini. Terima kasih YAB Dato’ Seri Anwar kerana sudi meluangkan masa menyantuni kami di Selangor. Insya-Allah, majlis seperti ini dapat mengukuhkan ukhuwah dan silaturrahim barisan pemimpin di peringkat persekutuan dan negeri.




