Lindungi Golongan Yang Berisiko Tinggi
Setakat 26 Januari 2021, Malaysia telah mencatat 700 kes kematian akibat COVID-19 dan 124 kes berlaku di Selangor.
Marilah kita menjadi warga Selangor yang prihatin dan mengambil tindakan proaktif setiap masa dalam menjaga kesejahteraan warga emas serta kanak-kanak yang merupakan golongan yang sering terdedah kepada virus ini. Pakai pelitup muka dan jaga penjarakan fizikal demi keselamatan nyawa mereka.
#SelangorGempurCOVID19
__
YAB Dato' Seri Amirudin Shari
Dato' Menteri Besar Selangor