Inisiatif

Terkini
1/3/23

Lebih 20,000 pendaftaran direkodkan untuk Program Selangor Saring 2022

Tahun lepas, lebih 20,000 pendaftaran direkodkan untuk Program Selangor Saring. Inisiatif ini menawarkan saringan percuma untuk warga Selangor mengesan awal penyakit bagi tujuan pencegahan dan rawatan awal

Pandemik COVID-19 telah memberi kesan kepada masyarakat dari aspek sosial, ekonomi dan terutamanya kesihatan. Maka Kerajaan Negeri merangka satu usaha pencegahan supaya rakyat negeri ini memiliki kehidupan berkualiti.

Daripada saringan tahun lepas, seramai 49% kes berjaya dikenal pasti untuk tindakan susulan. Angka ini hampir separuh daripada sampel dan langkah susulan awal pasti mampu menyumbang kebaikan kepada mereka.

InsyaAllah, lanjutan Program Saring Selangor 2023 baru-baru ini diharap dapat mewujudkan masyarakat sihat. Ini selari dengan visi Kita Selangor Penyayang yang sentiasa terlaksana.

#KitaSelangor

#HanyaDiSelangor

No photo description available.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.