Laporan Saringan Covid-19 Tahfiz dan Madrasah Sekitar Malaysia - 19 Mei 2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Berikut dikongsi laporan oleh KKM mengenai laporan saringan Covid-19 di tahfiz dan madrasah sekitar Malaysia bertarikh 19 Mei 2020.
Mengikut KKM, sebanyak 370 buah tahfiz / madrasah telah disaring membabitkan 20,186 orang pelajar / guru / kakitangan. Daripada jumlah tersebut, seramai 14,293 telah diambil sampel dan 659 dilaporkan positif.
Jangan letakkan mereka yang tersayang dalam keadaan yang berisiko tinggi. Kekal di rumah walaupun musim perayaan bakal disambut, gunakan pelbagai platform komunikasi yang tersedia ada untuk berhubung dengan mereka yang jauh.
#SelangorGempurCovid19
