Laporan pasca Sidang Media Khas PKPB 12 Mei 2020 oleh MKN
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Berikut dikongsi laporan dari MKN mengenai Sidan Media Khas PKPB pada 12 Mei 2020 dan tindakan selanjutnya. Sila ambil perhatian dan patuhi Perintah ini selama mana ianya berkuatkuasa. Tiada pengecualian kerana wabak Covid-19 tidak mengenal erti simpati.
Menurut MKN, fasa nasihat pematuhan SOP PKPB telah ditamatkan. Kini kerajaan mengarahkan PDRM dan Task Force Operasi Pematuhan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang tidak mematuhi SOP PKPB yang dikeluarkan.
#SelangorGempurCovid19