Media

COVID-19
7/4/20
Isu
Negara

Laporan Kajian Jangkitan Covid-19 Dalam Kelompok/Kluster Kuching dan Bandar Baru Bangi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ingin saya kongsikan laporan dan kajian dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai proses sebaran dan jangkitan Covid-19 di Kuching dan Bandar Baru Bangi yang melibatkan kelompo yang besar.

Sekali lagi saya ingin berpesan, tiada sebarang perhimpunan atau majlis keramaian dibenarkan. Sekiranya anda semua gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, pasti tempoh ini akan dipanjangkan lagi.

Ingat, tiada alasan untuk ada majlis keramaian bila nyawa kita semua dalam bahaya.

#SelangorGempurCovid19

#DudukRumah

Dipetik dari FB KKM:

Seperti dimaklumkan oleh KKM sebelum ini, perhimpunan besar- besaran sememangnya memberi impak secara mendadak dalam peningkatan kes-kes COVID-19 di Malaysia.

Hasil siasatan terhadap beberapa kes dan kluster COVID-19, KKM ingin memaklumkan mengenai dua (2) kluster COVID-19 yang didapati berkait rapat dengan perhimpunan besar-besaran.

Susulan itu tindakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac 2020 adalah bertepatan sekali, bagi memutuskan rangkaian penularan virus COVID-19 di kalangan masyarakat.

Walaubagaimanapun setiap individu perlu memainkan peranan masing-masing untuk membantu kerajaan Malaysia dalam memastikan usaha mengekang penularan jangkitan COVID-19 ini berjaya.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.