Media

COVID-19
24/3/20
Isu
Negara

Laporan dari KKM :Kes Kematian ke-15 jangkitan Covid-19 (24 Mac 2020)

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Dengan berat hati ingin saya sampaikan berita dari Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai kes kematian ke-15 akibat Covid-19 bertarikh 24 Mac 2020.

Saya sekali lagi memperingati yang warga Selangor harus kekal tenang dan memberi kerjasama sepangjang Perintah Kawalan Pergerakan.

Bersama kita hentikan penularan wabak-19 dengan #StayAtHome

Berikut dipetik dari laman FB Kementerian Kesihatan Malaysia:

Dukacita dimaklumkan terdapat satu (1) kematian baru dilaporkan ke CPRC Kebangsaan, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 15 kes.

Kes kematian ke-15 ini merupakan kes ke-1519, lelaki warganegara Malaysia berumur 71 tahun berasal dari Melaka. Beliau disyaki mempunyai kontak dengan kes positif COVID19 (kes ke-703, yang telah menghadiri perjumpaan tabligh di Masjid Seri Petaling). Beliau mempunyai sejarah penyakit kronik dan telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar mulai 18 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 5.35 pagi, 24 Mac 2020.

KKM ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.