Lapor kerosakan jalan raya
Selangor menggunakan sistem pengurusan aset pintar yang diperkenalkan Kerajaan Negeri supaya proses memantau, mengenalpasti dan membaiki jalan rosak terlaksana dengan lebih pantas dan berkesan.
Di negeri ini, proses pelaporan kerosakan jalan raya bagi jalan-jalan negeri Selangor adalah semudah menggunakan 'hashtag' atau tanda pagar di Twitter.
Aduan akan ditapis dan disemak secara automatik untuk mengenalpasti sama ada jalan di bawah Infrasel, pihak berkuasa tempatan (PBT) atau Jabatan Kerja Raya. Kemudian proses pembaikan akan dilakukan sekiranya di bawah tanggungjawab Infrasel.
InsyaAllah sistem aduan ini akan diperluaskan ke Facebook. Kita akan sentiasa memudahkan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan rakyat demi kemajuan negeri ini.