Kunci Projek Rumah Selangorku, Kemuning Idaman telah diserahkan kepada rakyat Selangor
Kunci Projek Rumah Selangorku, Kemuning Idaman telah diserahkan kepada rakyat Selangor. Projek rumah mampu milik ini adalah sebahagian dari 221,671 unit yang telah diluluskan bagi membantu seramai mungkin rakyat negeri ini memiliki kediaman.
Salah satu insentif yang ditawarkan juga dalam projek ini adalah Skim Smart Sewa. Penghuni boleh menyewa selama 2-5 tahun 30 peratus dari keseluruhan sewa akan dikembalikan untuk tujuan pembelian sekiranya unit ingin dimiliki.
Selain itu, Skim Bantuan Biaya Rumah Selangor juga menyediakan pembiayaan untuk membantu pemilik menyelesaikan cabaran deposit rumah agar boleh digunakan untuk menampung kos sewa rumah sedia ada sementara menunggu siap pembinaan dan pembelian perabot asas.
Semua inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri membantu rakyat Selangor memiliki kediaman sendiri. Bukan sahaja membina rumah mampu milik yang berkualiti, malah menyediakan instrumen memiliki rumah yang memudahkan pembelian.
All reactions:
9999