Media

Terkini
28/11/23
Isu
Selangor

Kosmo: Selangor tampung subsidi kalau tarif air naik

KLANG – Kerajaan negeri bersedia memberikan subsidi terhadap sebarang kenaikan tarif air di Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini bagi memastikan tarif air tersebut tidak membebankan pengguna domestik di Selangor.

Katanya, kenaikan tarif bagi pengguna industri di Selangor telah meningkat pada tahun lepas dan memberikan kesan sangat baik.

“Itu masih awal, saya tak boleh cakap sebab penilaian berkenaan tarif air itu bukan sahaja melibatkan daripada Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) Sdn. Bhd dan cadangan perlu dibincakan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Dan tidak semestinya naik lagi.

“Saya akan menilai balik, kalau ada keperluan naik, kita naikkan. Namun, kalau ia membebankan mungkin kerajaan negeri akan ‘counter’ subsidi dengan simpanan yang kita ada,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan kilang baharu UMW Grant di Pulau Indah, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas anggaran taraf air yang sesuai kepada pengguna domestik di Selangor.

Sebelum ini, media melaporkan tarif air domestik di semua negeri akan disemak awal tahun depan selepas ada negeri tidak pernah berbuat demikian dalam tempoh 40 tahun.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad menyatakan semakan tarif air tersebut telah di persetujui oleh semua negeri namun beliau memberi jaminan kenaikan itu sangat minimum.-KOSMO! ONLINE

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.