Suara

Terkini
16/3/21
Selangor
Negara

Kosmo Online: PKR kukuh, tidak terjejas-Amirudin

Berita terbit di kosmo.com.my pada 14 Mac 2021.

SHAH ALAM – Tindakan Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr. Xavier Jayakumar meletakkan jawatan Naib Presiden dan ahli PKR semalam tidak sesekali menjejaskan kekukuhan parti itu.

Pengerusi PKR Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beberapa keputusan sudah dicapai menerusi mesyuarat dengan pimpinan parti susulan tindakan Xavier itu.

“Namun, kita akan memuktamadkan keputusan itu pada mesyuarat jawatankuasa Cabang Kuala Langat yang akan dipengerusikan Timbalan Pengerusi PKR negeri, Hee Loy Sian hari ini.

“Saya bagaimanapun ingin menegaskan bahawa parti kita ( PKR) masih kukuh dan tidak terjejas dengan perkara itu,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pasar Moden Sri Muda, Seksyen 25 di sini, hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan, Xavier yang bersama PKR sejak 1998 mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Naib Presiden dan ahli serta-merta seterusnya menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai ahli Parlimen bebas di Kuala Langat.

Terdahulu, Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dari Sarawak dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong turut meninggalkan PKR dan kini menjadi ahli Parlimen bebas.

Mengulas lanjut, kata Amirudin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, keadaan itu turut dianggap sebagai lumrah politik yang perlu dilalui dengan sabar.

“Kita juga pernah hilang Angkatan Muda Keadilan (AMK), Timbalan Presiden dan banyak lagi pihak sebelum 2008.

“Namun, parti terus kuat dan maju. Kita juga perlu tegas dan kukuhkan kerja kita,” katanya.-K!ONLINE

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.