Kosmo: MBSA kembali anjur Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan
SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kembali menganjurkan Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan hari ini selepas kali terakhir dianjurkan Mac 2020.
Program berkenaan ditangguhkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan COVID-19.
Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA dalam kenyataan memaklumkan program di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14 itu dilancarkan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor.
"Program bulanan ini kembali menawarkan pelbagai aktiviti menarik kepada orang ramai antaranya 'Fun Run', acara berbasikal, acara senamrobik atau zumba, persembahan buskers, cabutan bertuah atau kuiz, dan aktiviti mewarna kanak-kanak.
"Selain itu, pihak MBSA turut mengadakan aktiviti 'petting zoo' khusus untuk pencinta haiwan, program piknik dhuha dan sembang santai, serta program ECO Free Market iaitu penyaluran dan edaran semula barangan terpakai secara percuma.
"Dengan bertemakan kitar semula, pengunjung program ini hanya perlu membuat pertukaran barang kitar semula seperti botol air, botol kaca, tin aluminium dan surat khabar lama untuk mendapatkan kupon bagi membolehkan pengunjung mendapatkan barang-barang yang ditawarkan oleh penyumbang di Eco Free Market," jelas kenyataan itu.
Dalam pada itu, pihak MBSA turut bekerjasama bersama AVISENA Specialist Hospital dan KPJ Selangor Specialist Hospital untuk sesi saringan kesihatan secara percuma kepada pengunjung yang hadir.
"MBSA juga menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai seperti Pengoperasian Pejabat Bergerak Shah Alam On Wheels, Perpustakaan Bergerak (Mobile Library) dan jualan pokok serta baja kompos.
"Program yang diadakan ini mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seperti memastikan pengunjung sudah lengkap divaksin, penjarakan fizikal, penggunaan pelitup muka, pengambilan suhu badan, penggunaan cecair pembasmi kuman dan sebagainya," katanya.
- trash bin (Large for decluttering)
- eggs
- tomato paste for pasta
- lasagna (if no lasagna, it ok don't buy)
- chicken breast 2x for pad kra pow
- ginger
- white fish for steaming