Media

COVID-19
14/2/22
Selangor
Negara

Kosmo: Kadar penggunaan katil di Selangor, Perlis dan Kelantan melebihi 80 peratus


PUTRAJAYA – Kadar penggunaan katil bukan Unit Rawatan Rapi (ICU) khusus bagi pesakit Covid-19 di Selangor, Perlis dan Kelantan melebihi 80 peratus, berdasarkan data sehingga semalam.

Mengikut lampiran pada kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Selangor melaporkan kadar penggunaan katil bukan ICU sebanyak 95 peratus, manakala Perlis dan Kelantan pula masing-masing 88 peratus.

Bagi kadar penggunaan katil ICU khusus bagi pesakit Covid-19, Johor mencatatkan sebanyak 54 peratus dan bagi negeri-negeri lain berada di bawah 50 peratus penggunaan katil ICU.


Dalam masa sama, Dr. Noor Hisham berkata, seramai 4,700 pesakit Covid-19 berada di hospital dengan kategori tiga, empat dan lima melibatkan sebanyak 376 kes (8.0 peratus) daripada keseluruhan pesakit Covid-19.





Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.