Media

COVID-19
30/6/20
Isu
Negara

KKM Seru Agar Rakyat Malaysia Tidak Alpa

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut dikongsi seruan dan peringatan dari KKM agar kita semua terus memerangi penyebaran jangkitan COVID-19. Mari kita semua akhiri ancaman wabak ini dengan sentiasa mengamalkan langkah pencegahan kerana realitinya ia masih jauh dari berakhir.

#SelangorGempurCOVID19

Amaran WHO: KKM seru rakyat Malaysia tidak alpa

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran pandemik #COVID19 belum berakhir malah boleh menjadi semakin teruk dan melarat.

Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom berkata, lebih ramai akan dijangkiti virus tersebut jika negara itu tiada polisi yang betul untuk uji, kesan, asing dan kuarantin.

"Kita mahu pandemik ini berakhir. Kita mahu kembali kepada kehidupan asal. Realiti yang sukar diterima ialah wabak ini tidak menunjukkan ia hampir untuk berakhir," katanya dalam taklimat WHO secara maya pada Isnin.

Lebih setengah juta meninggal dunia di seluruh dunia, separuh daripadanya di Amerika Syarikat dan Eropah manakala di Amerika Selatan menunjukkan peningkatan semakin membimbangkan terutama di Brazil, Peru dan Chile.

Wabak #COVID19 juga terus memuncak di Asia Selatan terutama India, Bangladesh dan Pakistan serta benua Afrika terutama Afrika Selatan.

Walaupun beberapa negara menunjukkan perkembangan positif, di peringkat global jangkitan semakin meningkat mendadak, kata Dr Tedros.

Mengambil kira amaran itu dan perkembangan semasa di seluruh dunia, KKM menyeru orang ramai supaya tidak alpa dengan trend penurunan kes #COVID19 di Malaysia.

Sebaliknya, orang ramai perlu lebih berwaspada serta mematuhi SOP dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan setiap masa.

"Kerjasama semua pihak amat penting untuk kita sama-sama memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID19 di Malaysia," kata ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.