Kes Positif Covid-19 Mengikut Negeri Setakat 8 Jun 2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Berikut dikongsi laporan oleh KKM tentang kes positif Covid-19 mengikut negeri setakat 8 Jun 2020.
Terdapat 7 kes baharu dilaporkan. 2 adalah daripada kes import, manakala 5 kes berlaku dalam penularan tempatan dimana kesemuanya melibatkan warga negara.
Peringatan agar warga Selangor tetap mengamalkan norma baharu seperti sebelum ini walauun kita telah memasuki Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.
#SelangorGempurCovid19
