Kes Positif Covid-19 Mengikut Negeri setakat 16 Mei 2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Berikut dikongsilaporan Kes Positif Mengikut Negeri (setakat 16 Mei, jam 12 tengah hari) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Daripada 17 kes positif baharu, 6 adalah kes import. 11 lagi adalah berkaitan penularan tempatan yang melibatkan 5 bukan warganegara Malaysia.
Teruskan mematuhi PKPB dengan penuh hemat dan cermat. Sentiasa beringat agar untuk mengamalkan norma baharu dalam usaha mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.
#SelangorGempurCovid19
