Media

COVID-19
2/5/20
Isu
Negara

Kes Positif Covid-19 di Malaysia Mengikut Negeri bertarikh 2 Mei 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut dikongsi statistik jangkitan Covid-19 di Malaysia setakat 2Mei 2020 oleh KKM.
Daripada 105 kes baharu dilaporkan pada hari ini, 63 adalah dari Selangor manakala 14 pula dari Kuala Lumpur.
Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Johor dan Sarawak adalah negeri lain yang turut melaporkan kes baharu.

Pihak KKM ingin mengingatkan rakyat Malaysia bahawa pandemik COVID-19 ini belum berakhir. Orang ramai diminta untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu yang disarankan. Amalan seperti penjarakan sosial dan juga penjagaan kebersihan diri perlu diteruskan.

Bersama kita jayakannya agar terlindung dari wabak ketiga Covid-19.

#SelangorGempurCovid19


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.