Kes Positif Covid-19 di Malaysia Mengikut Negeri - 27 Mei 2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Berikut dikongsi laporan dari KKM mengenai kes positif Covid-19 di Malaysia mengikut negeri bertarikh 27 Mei 2020.
Menurut KKM, daripada 15 kes baru yang dilaporkan, enam (6) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada sembilan (9) kes penularan tempatan pula, empat (4) kes adalah bukan warganegara Malaysia. Kes penularan tempatan di kalangan warganegara Malaysia adalah lima (5) kes sahaja.
Bersama kita terapkan amalan norma baharu dalam usaha mencegah penularan Covid-19 secara besar-besaran.
#SelangorGempurCovid19