Kes Kematian Baharu Covid-19 Di Malaysia oleh KKM - 15 April 2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Selaku Menteri Besar Selangor, ingin saya kongsikan infografik dari Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan kes kematian baharu akibat Covid-19 di Malaysia setakat 15 April 2020.
Kes kematian baharu hari ini adalah seorang. Ini menjadikan jumlah kematian setakat ini adalah seramai 83 orang dengan kadar kematian di negara ini sebanyak 1.64%
Oleh itu, mari kita tingkatkan lagi usaha dan memesan kepada yang terdekat agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 28 April agar kita dapat mengelak dari gelombang ketiga wabak Covid-19 ini.
#SelangorGempurCovid19
