Media

COVID-19
Isu
Negara

Kes Kematian Akibat Covid-19 di Malaysia bertarikh 9 Mei 2020

Asslaamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut dikongsi laporan kes kematian baharu akibat Covid-19 dari KKM bertarikh 9 Mei 2020.

Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 108 kes.

Kes kematian ke-108 (kes ke-2499) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 74 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit autoimun, darah tinggi dan penyakit tiroid.

Beliau telah dirawat di Hospital Melaka pada 29 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 8 Mei 2020 jam 11.23 malam.

 Takziah kepada keluarga yang terkorban.

#SelangorGempurCovid19


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.