Kes Kematian Akibat Covid-19 di Malaysia - 6 Jun 2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Berikut dikongsi laporan oleh KKM mengenai kes kematian akibat Covid-19 di Malaysia setakat 6 Jun 2020.
KKM melaporkan dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) kes kematian berkaitan COVID-19.
Kes kematian ke-117 (kes ke-2296) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 79 tahun. Beliau merupakan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 ke1508. Beliau mempunyai gejala bermula pada 18 Mac 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 26 Mac 2020 setelah disahkan positif COVID-19.Beliau disahkan meninggal dunia pada 5 Jun 2020 jam 2.05 petang.
Takziah buat keluarga mangsa, semoga keluarga tabah menghadapi saat ini.
#SelangorGempurCovid19