Media

COVID-19
9/6/20
Isu
Negara

Kes Jangkitan Covid-19 Dunia mengikut Negara bertarikh 9 Jun 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut dikongsi laporan kes jangkitan Covid-19 dunia mengikut negara setakat 9 Jun 2020.

Brazil mencatatkan jumlah kes tertinggi di benua Amerika selatan dengan kes aktif kira-kira separuh dari jumlah kes. Kematian di negara ini lebih tinggi dari gabungan jumlah kematian dari semua negara-negara benua amerika selatan yang lain.Pertambahan mendadak di negara ini dikaitkan dengan ketidakpatuhan rakyatnya terhadap SOP yang dikeluarkan.

Kerajaan New zealand pula telah menarik balik perintah berkurung selepas mengumumkan 1 kes sembuh terakhir pada 8 Jun menjadikan tiada kes aktif di negara tersebut. Tiada kes baharu di negara ini selama 18 hari. Faktor kejayaan negara ini adalah tindakan perintah berkurung sejak wabak ini mula dikesan dan merebak di Wuhan. New zealand juga antara negara yang menggunakan aplikasi yang hampir serupa dengan aplikasi “ MySejahtera” di Malaysia tetapi dikenali sebagai NZ COVID Tracer App untuk mengesan kontak rapat dan mengawal wabak COVID-19 di negara tersebut.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.