Inisiatif

Artikel
30/7/24

Keperluan Nelayan Diberi Perhatian

Nelayan pun ada keperluan yang perlu diberi perhatian. Misalnya jaring atau pukat mungkin perlu ditukar 3 - 6 bulan sekali dengan kos sekurangnya RM100. Tong ikan pula mencecah RM200 dan ada nelayan perlu belanja sekitar RM1,000 sebulan untuk kos bahan api turun laut.

Memahami keperluan nelayan yang memberi kesan terhadap pendapatan mereka, Kerajaan Negeri menyumbang RM400,000 untuk membantu 200 orang nelayan. Dengan bantuan ini, setiap nelayan akan menerima pukat hanyut, tong minyak, kotak ikan dan minyak pelincir bagi mengurangkan beban mereka.

Bantuan bersasar berupa insentif peralatan dan kelengkapan menangkap ikan berjumlah RM2,000 ini adalah antara usaha Kerajaan Negeri membela kebajikan nelayan. Moga sumbangan ini memberi kelegaan buat mereka, insya-Allah.

#KitaSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.